Tuesday 26 July 2011

TAK SABAR MENUNGGU PENCEN

1. Saya akan berpencen pada 2 Januari 2012. Tarikh keramat ini, menjadi fokus saya masa ini. Nampaknya kerja-kerja harian mula hilang mod bila saya terlalu fokus tentang tarikh saya akan berpencen.

2. Saya belum mempunyai apa perancangan kerjaya selepas bersara ini, banyak yang saya sedang fikirkan dan angan-angan, namun ia berlalu begitu sahaja.

3. Kadang-kadang kembali pula mod kreatif untuk menjana aktiviti baru bagi tempat kerja sekarang, tetapi kembali lesu apabila memikirkan tidak ada faedahnya untuk saya.

4. Sebagai hamba Allah, saya mestilah merafakkan rasa syukur saya kepada Allah yang telah melimpahkan rezeki kepada saya sepanjang hidup saya ini. Saya mempu membina sebuah keluarga yang serba sederhana dan anak-anak membesar jauh lebih senang dari saya yang membesar sebagai anak seorang pesawah dan nelayan.

5. Saya bersyukur semua anak saya (5 orang) dapat menjejak kaki ke Menara Gading yang menjadi idaman saya dan isteri.

No comments:

Post a Comment