Friday 29 July 2011

BUAH-BUAHAN TEMPATAN

1. Sejak tahun 1975, Sangpena berada agak dekat dengan pekebun-pekebun buah-buah (pemilik dusun) seperti durian, rambutan, manggis, langsat, rambai dan lain-lain lagi. Era 70an dan awal lapan puluhan buah-buahan tempat begitu mendapat tempat di kalangan penduduk.

2. Era itu, buah-buah durian dari Sungai Kecil Illir, Relau Bandar Baharu Kedah, Wang Perah, Bukit Wang Kubang Pasu, Singkir Yan, Durian Perak dilihat amat menambat hati pengemar buah-buahan khususnya durian. Pilihan dibuat berdasarkan kurang rosak dan isinya yang tebal dan sedap.

3. Jadi pada masa itu, pasaran buah-buahan dikuasai oleh orang-orang Melayu yang memiliki dusun dan pengemar-pengemarnya pula adalah masyarakat Cina yang mempunyai banyak wang.

4. Tetapi sekarang sudah berubah Sangpena tengok, buah-buah dari Balik Pulau Pulau Pinang lebih popular dan harganya jauh lebih mahal dari durian tempatan. Pembeli mula mengenali berbagai jenis durian dan warna isi biasa sehinggalah warna isi yang luar biasa dan rasanya pula lazat dan berbeza. Itulah hasil penyelidikan dalam bidang pertanian yang turut maju dengan teknologi-teknologi lain. Siapakah pemilik-pemilik dusun di Balik Pulau ini?

5. Sangpena lihat buah-buah durian yang popular masa lalu sudah tidak popular lagi harganya merudum pembeli tidak lagi memilih durian-durian kampung lagi.

6. Pemilik dudun mengeluh.. kenapa? Sangpena berpendapat semua ini kerana kita tidak menangani perubahan dengan bijaksana, kita masih lagi bergantung harap kepada klon-klon yang ketinggalan zaman, kita masih berada ditahap pemikiran yang jauh tertinggal.

7. Kalau dari segi ini pun kita tidak mampu menanganinya, apa lagi dalam perkara-perkara yang jauh lebih besar dan lebih mencabar. Kita akan menjadi masyarakat maju dalam tempoh 8 hingga 9 tahun lagi, bagaimana kita harus mencorak perubahan kita?

8. Sangpena yang akan bersara akhir tahun ini, merasakan kita perlu memiliki kemampuan untuk menangani perubahan yang serba pantas ini, kita mesti berani mencuba bidang, jenis, kaedah dan lain-lain mengikut peredaran semasa. Minda kita lagi jangan terkongkong dengan adat dan budaya lama, walaupun budaya itulah yang mencorakkan penghidupan kita hari ini. Kita harus dinamik.

No comments:

Post a Comment